Kendiri, Self merupakan perasaan indentiti peribadi seseorang yang dilihat oleh dirinya sendiri. Mereka akan mempnyai perasaan yang pelbagai mengenai diri mereka sendiri. Dengan kata lain kendiri adalah perasaan, kepercayaan atau pengetahuan kita tentang siapa diri kita. Apa yang dipentingkan buakanlah apa sebenarnya kita tetapi apa yang kita percaya tentang siapa kita. William James seorang ahli falsafah dan juga merupakan seorang ahli psikologi adalah salah sesorang teori kendiri, dan tulisannya masih berpengaruh sekarang ini. James telah mendefinisikan kendiri dalam istilah yang lebih luas. Kendiri mengikut James meliput tubuh badan dan fikiran, baju dan, kawan-kawan, nama baik serta pemilikan. Mengikut beliau manusia bukan sahaja mempunyai kendiri tetapi lebih daripada itu; setiap manusia mempunyai banyak kendiri. James telah membezakan tiga aspek kendiri: kendiri material, kendiri sosial serta kendiri rohaniah. (Ma’rof Redzuan)
a) Kendiri Material
Terdiri daripada benda-benda yang dimiliki oleh seseorang termasuk tubuh badan, pakaian, keluarga, rumah dan pemilikan-pemilikan lain. Kita melihat setiap objek yang kita miliki ini sebagai suatu yang terikat dengan perasaan kita. Misalnya, ada orang lain memuji tentang sesuatu yang menjadikan pemilikan kita, kita lantas akan berasa bangga dengan pujian itu. Sekiranya orang lain merendah-rendahkan sebarang objk yang kita miliki atau yang disebut sebagai pemilikan kita, secara peribadi kita akan berasa malu dan marah. Lebih-lebih lagi andai kita kehilangan sesuatu yang dipanggil pemilikan itu, kita akan berasa satu kehilagan sebahagian daripada diri kita. (Ma’rof Redzuan, 2001)
b) kendiri Sosial
kendiri sosial terdiri daripada kesemua impresi yang kita buat pad orang lain dan pengiktirafan yang kita terima daripada mereka. James mendakwa bahawa kita mempunyai kendiri sosial sebanyak mana orang lain mengiktirafkn imej kita. Manusia berkeinginan untuk mendapatkan penilaian yang baik daripada orang-orang lain, dan dengan demikian bertindak dalam cara yang bertujuan untuk menyenangkan hati mereka. Ini sering memerlukan kita bertindak dalam cara-cara yang brbeza, bergantung pada siapakah orang-orang tersebut. (Ma’rof Redzuan, 2001)
c) kendiri Rohaniah
kendiri rohaian terdiri daripada keupayaan-keupayaan manusia untuk memancarkan kendirinya. Ia merujuk kepada proses untuk mengalami dan merasi, dimana kendiri rohniah ada kaitannya dengan proses bertakafur, dan persaan mempunyai idea-idea tentang makna kehidupan, asal-usul alam ini dan kesedaran atau keinsafan manusia. (Ma’rof Redzuan, 2001)
Bisanya manusia bermula memperkenalkan diri dengan menerangkan kendiri material mereka, iaitu ciri-ciri fizikal dan pemilikan terhadap objek-objek. Manusia biasanya cuba menerangkan dirinya dengan ciri-ciri yang berbeza dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh orang lain. Misalnya, seorang akan menyatakan ketinggiannya ketika menerangkan dirinya apabila beliau mendapati bahawa orang-orang lain adalah lebih rendah daripadanya. (Ma’rof Redzuan, 2001)
Manusia bukan sahaja dapat mengenali diri mereka dengan cara melihat ke dalam cermin muka, atau melalui pandangan orang lain terhadap dirinya, tetpi juga melalui pemerhatian pada tingkah laku mereka sendiri. Teori persepsi kendiri mengandaikan bahawa kita dapat memahami atau mengenali kehidupan dalam diri kita melalui permerhatian kendiri. Daryl Bem (1967-1972) yang mengemukan teori ini mencadangkan bahawa kita menjadi sedar mengenai diri kita hanya apabila kita menilai semula apa yang kita lakukan.
Mengikut Bem, individu sedar tentang sikapnya, emosinya dan unsur-unsur lain dalaman, sebahagiannya dengan membuat kesimpulan mengenainya melalui pemerhatian pada tingkah laku nyata mereka dan keadaan-keadaan tingkah laku tersebut terjadi. Dalam lain perkataan, beliau mencadangkan bahawa manusia tidak mempunyai banyak maklumat dalaman mengenai siapa diri mereka atau mengapa mereka melakukan sesuatu. Seperti apa yang dilakukan oleh orang lain terhadap dirinya, manusia melihat apa yang mereka lakukan dan menyimpulkan sebab untuk bertingkah laku tersebut.
sumber: tesis lynda ajis@
0 comments:
Post a Comment