Carl Rogers adalah satu-satunya pakar yang mementingkan manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti-entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri. Dalam usaha mencapai matlamat yang positif ini, manusia ingin potensi serta kebolehan yang ada pada diri mereka. Oleh sebab teori Rogers menurut pandangannya yang menyatakan manusia sentiasa mencari kesempurnaan bagi dirinya, maka adalah penting untuk kita melihat hal-hal yang berkaitan dengan kadar yang lebih mendalam. Setiap manusia mempunyai kebolehan yang tersendiri, lain daripada yang lain. Pada masa yang sama, kebolehan manusia untuk mencapai kesempurnaan adalah berbeza. Walau bagaimanapun, ada beberapa suasana atau keadaan yang dapat membantu manusia untuk berkembang secara positif. Amir Awang (1987) mencatatkan tiga suasana tersebut iaitu kejujuran, keikhlasan dan kebenaran; penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat; kefahaman yang mendalam.
Jikalau semua faktor ini ada pada setiap manusia, maka perkembangan diri yang positif ke arah kesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lebih lancar. Suasana ini juga dibekalkan oleh para kauselor kepada kepada kliennya dalam sesi terapi untuk meransang perkembangan diri mereka.
Dalam membentuk teori personaliti ini, tumpuan yang diberi oleh Rogers adalah kepada individu dan kendirinya. Mengikut pendapatnya lagi, seseorang itu mempersepsi objek serta pengalaman-pengalaman dan memberi makna kepadanya. Sistem persepsi dan pemberian makna yang berseluruhan ini membentuk ruang fenomenal individu berkenaan dan dalamnya, ada peristiwa yang disedari serta ada yang tidak disedarinya.
Rogers (1959) menyatakan kendiri pula adalah satu organisasi atau persepsi atau gestalt yang kosisten, termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan dengan entiti lain seseorang itu yang dilihatnya sebagai ”aku”, ”saya ” atau ”diri” . Patterson (1984) menerangkan pada masa sama, dalam setiap individu itu, iaitu bentuk dan konsep kendiri yang diingini oleh individu berkenaan. Diri unggul ini mempunyai kompenan-kompenan seperti persepsi dan makna yang relevan pada individu tersebut serta sesuatu yang amat bernilai pada dirinya.
Konsep kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu sendiri berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan perkataan “saya” atau “aku”. Konsep kendiri bukanlah satu entiti yang statik, malahan sering berubah-ubah. Setiap manusia sentiasa akan cuba mencapai apa yang dinginikannya, konsep kendiri ini akan berubah-ubah mengikut masa dan keadaan, namun ia ada padanya. Kualiti ini adalah pengalaman serta persepsi keseluruhan yang ada pada individu itu.
Seperti yang diterangkan pada awal tadi, Rogers (1951) melihat manusia sebagai insan yang sentiasa bergerak ke hadapan, iaitu ke arah kesempurnaan kendiri. Beliau mengatakan yang sesuatu organisma mempunyai satu kecenderungan asas iaitu untuk menyempurna, mengekalkan dan menambahkan pengalamannya. Kecenderungan ke arah penyempurnaan diri inilah yang menjdi tiang asa kepada teori personaliti Rogers. Begitu juga yang terjadi ke atas watak Badrul di dalam filem Pensil dan Awi di dalam filem Wayang, yang bergerak ke hadapan untuk kesempurnaan kendiri tetapi terpaksa menempuh pelbagai halangan.
Walau bagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri tidaklah selalunya lancar seperti yang diharapkan oleh setiap individu. Dimana manusia terpaksa melalui beberapa rintangan, terutama sekali yang berkaitan dengan hal konsistensi– kendiri dan kongruens untuk mencapai matlamat. Apa yang dimaksudkan dengan konsistensi–kendiri adalah kecenderungan organisma mengekalkan struktur dirinya iaitu kesamaan persepsi diri yang dilihat dari luar, tidak pula dari dalam seperti yang ada pada konsep kendiri.
Ini dilakukan dengan cara membentukkan sisitem nilai dan fungsi yang selaras dengan konsep-kendiri supaya ia dapat mengekalkan konsistensi kendiri secara berseluruhan. Sistem ini bukanlah bertujuan untuk mendapat nikmat atau mengekalkan struktur yang sedia ada. Dengan cara ini sahajalah seseorang itu boleh bersifat jujur terhadap dirinya sendiri dan ini merupakan satu keperluan untuk mencapai kesempurnaan yang diingini itu.
Kongruens pula adalah suasana yang nyaman dan kosisten yang wujud di antara kendiri dengan pengalaman seseorang itu. Walaubagaimanapun, seseorang itu sering mengalami keadaan yang digelar oleh Rogers tak kongruens. Keadaan ini berlaku apabila wujud ketidaksamaan diantara kendiri yang dipersepsikan dengan kendiri yang sebenar. Keadaan yang tidak kongruens ini akan menimbulkan kebingungan, ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri individu itu. Jikalau keadaan ini berpajangan, individu itu akan mengalami anxieti, iaitu hasil ketidaksamaan di antara pengalaman dan persepsi kendiri. Punca anxieti ini tidak diketahui oleh mereka yang mengalaminya tetapi hanya merasi kehadirannya.
Pertama adalah dengan cara menafikan kewujudan pengalaman yang tidak konsisten. Cara ini akan mengekalkan konsep dan struktur kendiri yang sedia ada pada individu berkenaan. Kedua adalah kaedah pertahanan yang lebih kerap digunakan oleh kita semua iaitu pengherotan. Apa yang dimaksudkan dengan pengherotan ialah indivi akan mengherot makna pengalaman yang dirasai dan individu berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman yang konsisten dan tidak bercanggah dengan konsep-kendiri, iaitu ke dalam kesedaran. (Rogers, 1951).
Menurut Rogers ,(1959), manusia ini memerlukan apa yang diistilahkan oleh Rogers sebagai perhatian positif iaitu keperluan untuk kasih sayangi, disukai, dihormati, disanjung, diteriama dan dikasihani oleh orang lain.
Namun demikian, manusia tidak sentiasa mendapat perhatian yang positif yang diberikan oleh orang lain kepadanya itu bersyarat. Apa yang dikehendakinya adalah perhatian positif yang tidak bersyarat. (Pervin 1984) juga berpendapat sedemikian.
Walau bagaimanapun, jikalau setiap masa seseorang itu disayangi, disanjungi atau diterima, maka ia tidak akan dapat membezakan apa yang bernilai dan apa yang tidak. Sebaliknya jikalau ia diberi perhatian positif dan negatif, maka ia akan menetapkan keadaan apabila seseorang itu merasa dirinya dihargai atau sebaliknya. Pengalaman-pengalaman hasil daripada perasaan yang tidak dihargai akan secara automatik dikeluarkan daripada konsep kendiri individu berkenaan.
Pada masa yng sama, keperluan untuk perhatian-kendiri tibul hasil kaitan di antara kepuasan atau kekecewaan kehendak untuk perhatian positif dengan pengalaman diri sendiri. Jikalau perhatian-kendiri ini positif , maka individu akan diperolehi sikap yang positif terhadap dirinya dan ini tidak lagi bergantung kepda sikap orang lain.
Oleh itu, secara amnya, rogers menekankan kepentingan kongruens antara diri yang dipersepsi dengan diri yang dialami ke arah kesempurnaan kendiri. Ini bermakna yang individu harus menerima diri dan pengalamannya dan menjadikana diri itu berfungsi sepenuhnya bagi mencapai kesempurnaan yang diidamkan.
0 comments:
Post a Comment